BerBueNo DenGan IkLan NuFfNang...JoM KliK !!

Pelanggan Muka Buku Ini

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Sign by Danasoft - Get Your Sign

Friday 6 May 2011

Lemas Dalam Blog Sendiri

Rasa mcm ekon nie x berfungsi bila aku kesat peluh di dahi...apa tidaknya kalau dah sehari suntuk aku cuba berusaha mencantikkan blog ini dengan membuat tetapan tetapan yg mencantikkan lg pemandangan dan menambahkan alat alat dalam blog aku nie...Kunun yang sangat² aku cuba lah nak menambah shoutbox dalam blog nie dengan harapan bila ada pengunjung yang lalu ke dalam blog ni boleh la melemparkan satu dua ayat...jadi xdelah sunyi sgt blog nie kan yang aku rasa dah mcm tanah perkuburan plak...semua pakat diam x de sepatah pun bersuara...Agaknya sedang menunggu malaikat mungkar nangkir dtg menyoal kot...



  Setelah berjam jam lamanya aku duduk menyetting blog nie hingga montot terasa kebas dan keras semacam ada cengkerang kura kura yang dah melekat kat montot aku namun mmg aku masih x dapat menguasai dan langsung x boleh menambah alat shoutbox tersebut...bila aku cuba tambahkan maka keluarlah ayat "Ralat, alat dah rosak"...padahal aku baru je register alat tersebut dan elok je kat laman webnya...Tapi apa boleh buat taik kambing bulat bulat...jual di syarikat, 5sen satu ikat...nak marah pun x guna sbb aku sendiri yang gatal nak mengindahkan blog nie...kunun nye lah nak mengindahkan, walhal ada pengunjung yang datang ke blog aku merasa dia sedang berada di satu alam ghaib yg x berpenghuni, sunyi sepiiii je...emm mungkinkah itu hanya prasangka buruk aku sendiri...Puas aku meneroka dari satu blog ke satu blog orang lain...aku tengok derang punya blog elok je cantik...
  Dek kerana xmo laman blog nie semacam laman kubur lama maka aku cuba lagi hingga menjadi tapi x jadi jugak yang akhirnya aku menyerah kalah bila mana urat urat otak aku terasa dah tersembul keluar dari tempurung tengkorak dan berjuntaian di atas kepala...huhh sakitnya kepala...ntah mana silapnya aku pun x tau lah...memang aku akui sebagai blogger baru dalam industri blog nie aku mmg mengharapkan setiap catatan ada kata kata yang dilemparkan dari pengunjung...tapi untuk memudahkan pengunjung nak melemparkan sebaris dua kata bukanlah mudah malah untuk menjadi rakan blog ke atau jadi pengikut ke mmg lagi susah...aku dah tukar dari english ke bahasa melayu pun lagi aku rasa tunggang langgang, kunun nak senang la faham bahasa sendiri kan tapi bila mana nak menetapkan setting tu alahai...mmg patut la bahasa melayu aku x kredit time spm dulu...bukan gagal tau tapi lulus dengan tahap x membanggakan orang melayu je...
  Okey lah...aku dah berputus asa nak mengindahkan blog aku sendiri dan x mampu nak beri kemudahan kepada pengunjung untuk melemparkan kata kata...Maka dengan ini aku akan terus ber blog  dengan gobloknya...

Sekian, Wassalam...












2 comments:

  1. blog da ok ape.. dari wany punye.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Thanx Wany...Bolan sebelas baru ok...Mr google jg yg berkesan...Thanx jg tutorialuntukblog.blogspot.com

    ReplyDelete

i love camera's

i love camera's
my habit sometimes