BerBueNo DenGan IkLan NuFfNang...JoM KliK !!

Pelanggan Muka Buku Ini

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Sign by Danasoft - Get Your Sign

Thursday 25 August 2011

Rumah lagi (Final okey)

Ok yg nie aku harap entri final psl umahku yg sebelum nie pernah aku masukkan dlm entry terdahulu...nuzul Quran minggu lepas semua pekerja kontraktor tu bertungkus lumus nak siapkan sisa sisa pembinaan mereka...Grill, pagar, tembok sudah dilangsaikan oleh mereka...Ok lah aku tunjukkan gambar rumah terbaru ku itu pada tatapan kalian...nak cerita pnjang lebar di bulan pose ni pun rasanya dah beku hotak nie...xleh nak berimaginasi secara spontan tanpa candu ku itu...haha

umahku yg kaler putih kelabu tu...malas nak kaler lain...semua putih smpai ke pagar pun putih...umah sebelah tu ialah jiran bkn adik bradik tau...kitorg sama² buat umah n upah kontraktor yg sama...klu korang perati betul² kat tiang tgh tu cuma ada satu je...kitorg kongsi tiang...jimat space dr sebelum nie...umah dia mmg la hebat mmg xleh nak challenge...menyerlah wa ckp lu...

 haa nie lah pagar umah aku...cantik x..?? korang jgn nak tiru design nie pulak...nie aku dah cop design nie secara pukal beb...hehhe korang abaikan lah maskot² yg tidak menurut perintah tu...

 yg nie pulak beranda bhgian atas yg aku impikan untuk menghirup secawan kopi bersama sepotong pisang goreng secara tenang dan damai di kala senja..huhh..

 Jom masuk ke dalam...haa yg nie tangga tuk naik ke atas...korang abaikan juga maskot yg melepak kat tembok tu...

 yg nie ruang tengah bahagian atas...saje tmpat lepak² bersama family...

 ada tv...ada komputer



Nie namanya pintu...pintu masuk ke bilik beradu beta...






 haha nie la master bedroom...siap ada bilik air lagik...ok la sng ckit nak mandi time pagi...turun katil je terus masuk bilik air..
  
ni ruang tamu...sememangnya aku ngan bini aku x brp serasi dlm memberikan pendapat...aku nak manfaatkan ruang yg ada tapi dia nak isi ruang yg ada ngan perabot lain plak ( beli baru yg x tahan tu )


babugan pun nmpaknya selesa berenang dalam akuarium barunya

 ni pulak hiasan dalaman..ehh hiasan atas meja kat opis aku la...secara misteri dan tamar jalisnya aku sengaja letakkan dalam entri nie tanpa mengetahui niat sebenar...fuhh

Hopefully semua nie adalah final...tidak akan ada lg entri psl rumahku lagi...04 april hingga 17 ogos..lbh kurang 4 bulan rumah aku di wogol...di gomol dan di koyak rabakkan...jd harapan aku xde la yg cacat celanya lagi...huhu harap harap la ye...

Friday 5 August 2011

Seekor Anak Katak dan Hujan

Ada kegelisahan yang dirasakan seekor anak katak ketika langit tiba-tiba gelap. “Bu, apa kita akan binasa? Kenapa langit tiba-tiba gelap?”, ucap anak katak sambil merangkul erat lengan ibunya.
Sang ibu menyambut rangkulan itu dengan belaian lembut, “Anakku,” ucap si ibu kemudian. “Itu bukan pertanda kebinasaan kita. Justeru, itu tanda baik”, jelas si ibu katak sambil terus membelai. Anak katak itu pun mulai tenang. Namun, ketenangan itu tdk berlangsung lama. Tiba-tiba angin bertiup kencang.




Daun dan tangkai kering yang berselerakan mulai berterbangan. Pepohonan meliuk-liuk dipermainkan angin. Lagi-lagi, suatu pemandangan menakutkan buat si anak katak kecil.
 “Ibu, itu apa lagi? Apa itu yang kita tunggu-tunggu?”, tanya si anak katak sambil bersembunyi di balik tubuh ibunya. “Anakku, itu cuma angin”, ucap si ibu tak terpengaruh keadaan. “Itu juga pertanda kalau yang kita tunggu pasti datang!”, tambahnya begitu menyenangkan. Dan, anak katak itu pun mulai tenang. Ia mulai menikmati tiupan angin kencang yang tampak menakutkan.
 “BLAAARRR!!!” suara petir menyambar-nyambar. Kilatan cahaya putih pun kian menjadikan suasana begitu menakutkan.Kali ini, si anak katak tidak lagi mampu berkata apa-apa. Ia bukan saja merangkul dan bersembunyi disebalik tubuh ibunya, tetapi juga sangat gementar. “Buuu, aku sangat takut. Takut sekali!”, ucapnya sambil terus memejamkan mata. “Sabar, anakku!” ucapnya sambil terus membelai. “Itu cuma petir. Itu tanda ketiga kalau yang kita tunggu tak lama lagi datang!. Keluarlah. Pandangilah tanda- tanda yang tampak menakutkan itu. Bersyukurlah, kerana hujan tak lama lagi datang”, ungkap si ibu katak begitu tenang. Anak katak itu mulai keluar dari balik tubuh ibunya. Ia cuba mendongak, memandang langit yang hitam, angin yang meliuk-liukkan dahan dan sambaran petir yang begitu menyilaukan. Tiba-tiba, ia berteriak kencang, “Ibuuu, hujan datang. Hujan datang! Horreeeeyyy!!!”. ***

Anugerah hidup kadangkala tampil melalui rutin yang tidak diinginkan. Ia tidak datang diiringi dengan tiupan seruling merdu. Tidak dihantar oleh dayang-dayang nan rupawan. Tidak disegarkan dengan wewangian harum. Saat itulah, tidak sedikit manusia yang akhirnya dipermainkan keadaan. Samalah dengan anak katak yang takut cuma kerana langit hitam, angin bertiup kencang dan suara serta kilatan petir yang menggegar dan menyilaukan. Padahal, itulah sebenarnya tanda- tanda hujan. Benar apa yang diucapkan si ibu katak, "Jangan takut melangkah. Jangan sembunyi dari kenyataan, sabar dan hadapi".
Kerana, hujan yang ditunggu pasti akan datang. Sesungguhnya, setelah kesukaran itu ada kenikmatan”.

i love camera's

i love camera's
my habit sometimes