BerBueNo DenGan IkLan NuFfNang...JoM KliK !!

Pelanggan Muka Buku Ini

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Sign by Danasoft - Get Your Sign

Tuesday 26 April 2011

Rumahku bukan Rumahmu

Perghhh setelah hampir sebulan mahligai beta dibina akhirnya siap juga dengan tahap kelihatan cantik menarik ko memang debomm...aku tau betapa susahnya nak buat umah seperti ini kerana terlalu banyak arahan x rasmi  mem besar kat kontraktor tu hingga affectnya kalau dilihat secara terperinci memang jelas hampir berkilat kepala para pekerja kontraktor tu tapi kontraktornya tetap ensem sbb sebarang arahan x rasmi 'mem' besar akan di caj seribu hengget...(ni yang aku  rasa mcm nak pitam seumur idop) aku rasa pekerja² tu juga hampir x mampu untuk mendengar suara² halus dari rambutnya yang aku juga bisa mendengar apa yg rambut² pekerja tu katakan " boss gue gugur dulu ya, daaaa"... hahhaha begitulah dgn jelas apa yg si rambut tu katakan kepada tuannya...ini pun nasib baik la rambut aku x berkawan dengan rambut pekerja² tu....kalau x rambut aku juga akan gugur sebelum waktunya...adeh deh deh...



klik pada gambar untuk tumbesaran menakjubkan...



emm mcm mana..cantikkan...?? ye lah dah alang² berhabis duit tu biarlah sampai puas hati...lagipun kat kawasan perumahan aku tu belum ada lagi umah yg cantik dan besar seperti umah aku nie...jadi senang la kalau ada kawan² yang nak dtg umah dan xtau mana satu umah aku...sebut je umah besar dan cantik, pasti orang tu akan tunjuk umah aku...hehehhe melayu mudah riak kata mamat khalid...

  Dan seperti biasa, pagi² lagi aku dah bangun solat subuh...selesai solat subuh aku rasa seperti ada sesuatu yang pelik kat luar...bila aku jenguk kat luar " ohh aku bermimpi rupanya, ciss.." Hakikatnya, umah aku tu x lah seindah apa yg aku mimpikan...


 *



 *

 *



Dan masih lagi dalam pembinaan rupanya, huhh...





Fuhh punyalah beria ia aku punya mimpi dan siap berangan angan duduk diberanda luar umah sambil pekena kopi keras dan menikmati pisang goreng panas serta menghalakan mata ke kawasan kejiranan yang kelihatan macam hutan batu tu...Tetapi rupa rupanya lambat lagi kot nak siap...xpe lah...biar lambat asalkan cantik dipandang......nanti bila dah siap mula lah nak susun atur barang perabot yg dah mcm kilang perabot kat dalam umah aku tu pula...harap² bila dah siap nanti xdelah penambahan perabot dilakukan oleh mem besar...

Dan bila dah siap nanti, mungkinkah umah aku akan cantik seperti ini :-



atau ini :-


ataupun ini :-


atau apakah akan menjadi seperti ini :-




Ohh TiDaKkkKkkKkkkkk !!!


Malah Nurin pun dah berangan  tido di rumah baru...


Apa-apa pun skang nie kena la tunggu beberapa bulan lagi untuk melihat bagaimanakah hasil pembinaan para pekerja import yang di eksport dari Indonesia...

Kita tunggu dan lihat sape yg kena... chiaow dulu...












Monday 18 April 2011

Jiran sepakat membawa berkat

Ahad semalam satu majlis keraian diadakan bertempat di Jeram, Selangor dan ditaja sepenuhnya oleh kak Lina & keluarga...Terima kasih  kak Lina...blurpp Alhamdulillah...
Majlis bermula jam 8mlm tapi rombongan tiba seawal 5.30ptg lagi...semangat membara betul...oleh itu apa aktiviti yg perlu dibuat untuk mengisi masa yg ada...jawapannya adalah aktiviti sendiri...dan aku mcm biasa akan suka mencari angle² yg menarik untuk mengasah kebebalan untuk bermain dgn camera SLR nie... owhh bila tah akan menjadi perfect photographer...kita tunggu dan lihat...












7 keluarga termasuk tuan umah menjadi fakta keberkesanan dan kejayaan jiran harmoni...yeahh itu ungkapan aku...mana taknya...agak susah nak cari kejiranan yang harmoni bila dah dok kat bandar nie..so jgn lepaskan peluang jika ada jiran mengajak kita untuk hadir sebarang majlis yg berbentuk harmoni nie...fuhh...






Restoran yg kitorg pegi nie pun agak menarik dan jauh dari jalan besar...jadi xlah risau sgt kalau nak bawa bebudak...disediakan tempat permainan kanak² mcm kat kfc plak tu..so blh la lepaskan bebudak tu bermain sambil kita sendiri boleh la menghala pandangan ke arah pulau² yg terdapat di tgh lautan tu...restoran nie betul² berada tepi laut...mmg cool la pengusaha restoran nie...tempat sgt² strategik beb...!!
sementara menunggu masa membalun...kitorg pun melepak di satu sudut yg menghala ke laut...








Okey malam pun dah menjelma...azan maghrib pun dah berkumandang...so berpusu-pusu la muslimin n muslimat ke surau yg telah disediakan...emm surau nampak ok lah cuma klu dapat diperbesarkan lagi rasanya amatlah molek beno...jadi xperlulah nak buat 2 trip tuk solat berjemaah...tapi ok la dari xde...
lepas solat je x sabar rasanya menyantap hidangan...perut pun dah lapar sgt dah nie...emmm...














Perghhh terbaekk dari ladang beb...terduduk aku sambil mengusap perut yg telah membuncit secara tiba²...pelik pelik...dan apa yg tinggal pada hidangan² tersebut secara misteri aku kupaskan pada gambar di bawah ini...


Yaaa itu dia...kalau dah kepala ikan pun kena ngap...maknanya tinggal tulang je la ikan tu ye...seb bek la kulit kerang tu xde sape nak telan...hehhehe
Selesai menyantap hidangan hingga kepenghabisan kami semua pun berangkat la pulang...sebelum berangkat pulang semua sepakat berterima kasih pada keluarga kak Lina...dan misterinya pada malam itu ialah beg rokok balut aku telah hilang secara ghaib tah ke mana...hmm sungguh ajaib...


Jiran sepakat membawa Berkat...!!

Thursday 7 April 2011

Sepetang bersama anak²

Sepetang yg merasakan diri penat + happy kerana dapat meluangkan masa bersama anak² setelah seharian kami berempat anak beranak berjaya mengharungi kebosanan dengan dok kat umah je tanpa dapat menonton astro kerana antenna telah diturunkan bagi kerja² penambahbaikan pintu gerbang mahligai beta....dan juga tanpa kehadiran mama derang kerana telah menghadirkan diri untuk program student kat janda baik nuu...huhu padan muka anak² aku dpt mama yg workaholic tahap enjin pecah piston...




antenna astro dah xde...tinggal arieal lama je tu


Jelas kelihatan muka² kebosanan...dari pagi hingga petang tgk video je, abis crite khurafat sambung crite thinkerbell, abis crite thinkerbell sambung plak crite khurafat...dengan masing² x berbaju...ish ish ish...



Cubaan Ammar untuk berubah bentuk menjadi gitar elektrik


Nurin dengan balang ajaibnya


Ira pula berangan-angan menjadi ahli silap mata... cak cakk !!


Maka pada sebelah petang bermulalah misi aku untuk menghiburkan budak² bertiga tu dengan membawa mereka ke tasik berdekatan...nampak dari riak wajah mereka begitu happy sesgt...aku pun terlajak happy la jugak beb...







Aku biarkan je derang membuat acara sendiri asalkan tdk melanggar peraturan yang telah ibu bapa sedia maklum...

Acara menggoncang pokok...

Acara mencari kutu di sebalik rumput...

Acara mari mengumpat...

Acara posing maut...


acara tayang montot...


dan byk lg la acara derang reka...





  Apsal jari ko mar..??

Emm masa nie elok lg derang still under group, aku pun xde la nak guna tenaga sgt nak kawal derang nie... Dan hati berkata syukur Alhamdulillah...
Maka berjalan la kami berempat ke satu lokasi yang lain pulak :-

 kat sini mereka dah mula nak berpecah...heh !!



Okey stop sblm mereka berpecah lg jauh lalu aku bawa pulak ke lokasi seterusnya :-



Nurin pemecah tradisi memulakan keghaibannya...

Diikuti ngan adiknya Ira...


mula meninggalkan aku sejarak demi sejarak...

E'ehh makin jauh plak...aku toleh belakang Ammar pun dah ghaib...ahh sudah !!

Aku pun mula siap sedia menghadapi dugaan yg menggegarkan buah limpa...takut kut² mereka lebih jauh dan hilang dari pandangan...mampoih den..!!
Huhh seb baik la...sampai je kat atas bukit aku tgk Ammar dah sampai ke puncak climbing...ciss...


hohh panjat la korang !!




hnss padan la muka !!


Okey cukup...tgk mereka pun dah mula buat acara memasing yg lbh seronok...maka aku patut matikan keinginan mereka untuk terus bermain secara perseorangan...jom balik anak²...
emm begitulah kisahnya sepetang bersama anak² di tasik buatan tu...kat umah aku suh derang terus mandi...Siap² solat maghrib dan selepas itu aku bawa mereka ke tesco bukit tinggi... K.F.C time...

 sekadar gambar hiasan...nampak x budak 3 org tu berlari...nak tekeluar anak tekak terjerit-jerit memanggil budak² bertiga yg dah jauh meninggalkan aku yang still nak control macho la kunun...xnak lari...


~~jauhkan bahaya dekatkan kebahagiaan~~

i love camera's

i love camera's
my habit sometimes