BerBueNo DenGan IkLan NuFfNang...JoM KliK !!

Pelanggan Muka Buku Ini

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Sign by Danasoft - Get Your Sign

Monday 28 November 2011

Malaysia Vs Bahrain

Rasanya semua dah tau keputusan perlawanan tersebut dan andaian awal memasing ialah Malaysia akan memenangi perlawanan itu apabila pasukan Harimau Muda telah mendahului 2-0 ditambah pula pemain Bahrain hanya bermain dengan 10 orang selepas seorang pemainnya dilayangkan kad merah...Walaupun ketinggalan 2-0 tetapi nampaknya pemain Bahrain tidak patah semangat untuk mencari dan terus mencari jaringan² hingga ke saat saat terakhir...


Okey formula 10P + 6M + 3G nampaknya amat berkesan buat Bahrain menundukkan Harimau Muda...Formula ke tu..?? owhh tidak, itu bukanlah formula biasa tetapi singkatan bagaimana Bahrain berjaya menjaringkan gol dengan hanya 10 pemain dan hanya menggunakan 6 minit untuk menjaringkan 3 gol...mudahkan...?? Rasanya macam masak meggi 3kali je...1 meggi hanya 2minit dah siap...Jadi Bahrian dah buat pasukan Harimau Muda macam meggi la pulak...walhal jaringan² tersebut dilakukan dengan sangat pantas dan hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum wisel penamat dibunyikan... sangat² kecewa...

Tapi dari segi positif pula jadual pasukan Harimau Muda pada satu tempoh terdekat ini memang sangat² padat selepas berjaya mempertahankan ibu segala emas pada temasya sukan SEA di Indonesia baru² ini...Anak² buah Ong Kim Swee tidak mendapat rehat secukupnya selain kecederaan² yang dialami dan ini juga adalah peluang bagi Syria dan Bahrain untuk menyiat nyiat daging Harimau Muda...Bahrain juga telah mengambil peluang yang dinantikan apabila tidak lagi perlu mengawal tumpuan utama mereka iaitu Nazmi Faiz (pemain lincah di atas padang) yang terpaksa keluar setelah mengalami kekejangan otot dan di sini jugalah mereka tidak perlu menunggu lama untuk melancarkan serangan dari gerakan pemain tengah mereka...
  
Keputusan Malaysia 2 - Bahrain 3

"Inilah harga yang perlu dibayar sehingga hilang semua pemain" kata jurulatih Malaysia...

Go Go Malaysia...Go Go Harimau Muda...Kekalkan Semangat Perjuangan...Kami Tetap Menyokong Anda...

No comments:

Post a Comment

i love camera's

i love camera's
my habit sometimes