BerBueNo DenGan IkLan NuFfNang...JoM KliK !!

Pelanggan Muka Buku Ini

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Sign by Danasoft - Get Your Sign

Friday 5 August 2011

Seekor Anak Katak dan Hujan

Ada kegelisahan yang dirasakan seekor anak katak ketika langit tiba-tiba gelap. “Bu, apa kita akan binasa? Kenapa langit tiba-tiba gelap?”, ucap anak katak sambil merangkul erat lengan ibunya.
Sang ibu menyambut rangkulan itu dengan belaian lembut, “Anakku,” ucap si ibu kemudian. “Itu bukan pertanda kebinasaan kita. Justeru, itu tanda baik”, jelas si ibu katak sambil terus membelai. Anak katak itu pun mulai tenang. Namun, ketenangan itu tdk berlangsung lama. Tiba-tiba angin bertiup kencang.




Daun dan tangkai kering yang berselerakan mulai berterbangan. Pepohonan meliuk-liuk dipermainkan angin. Lagi-lagi, suatu pemandangan menakutkan buat si anak katak kecil.
 “Ibu, itu apa lagi? Apa itu yang kita tunggu-tunggu?”, tanya si anak katak sambil bersembunyi di balik tubuh ibunya. “Anakku, itu cuma angin”, ucap si ibu tak terpengaruh keadaan. “Itu juga pertanda kalau yang kita tunggu pasti datang!”, tambahnya begitu menyenangkan. Dan, anak katak itu pun mulai tenang. Ia mulai menikmati tiupan angin kencang yang tampak menakutkan.
 “BLAAARRR!!!” suara petir menyambar-nyambar. Kilatan cahaya putih pun kian menjadikan suasana begitu menakutkan.Kali ini, si anak katak tidak lagi mampu berkata apa-apa. Ia bukan saja merangkul dan bersembunyi disebalik tubuh ibunya, tetapi juga sangat gementar. “Buuu, aku sangat takut. Takut sekali!”, ucapnya sambil terus memejamkan mata. “Sabar, anakku!” ucapnya sambil terus membelai. “Itu cuma petir. Itu tanda ketiga kalau yang kita tunggu tak lama lagi datang!. Keluarlah. Pandangilah tanda- tanda yang tampak menakutkan itu. Bersyukurlah, kerana hujan tak lama lagi datang”, ungkap si ibu katak begitu tenang. Anak katak itu mulai keluar dari balik tubuh ibunya. Ia cuba mendongak, memandang langit yang hitam, angin yang meliuk-liukkan dahan dan sambaran petir yang begitu menyilaukan. Tiba-tiba, ia berteriak kencang, “Ibuuu, hujan datang. Hujan datang! Horreeeeyyy!!!”. ***

Anugerah hidup kadangkala tampil melalui rutin yang tidak diinginkan. Ia tidak datang diiringi dengan tiupan seruling merdu. Tidak dihantar oleh dayang-dayang nan rupawan. Tidak disegarkan dengan wewangian harum. Saat itulah, tidak sedikit manusia yang akhirnya dipermainkan keadaan. Samalah dengan anak katak yang takut cuma kerana langit hitam, angin bertiup kencang dan suara serta kilatan petir yang menggegar dan menyilaukan. Padahal, itulah sebenarnya tanda- tanda hujan. Benar apa yang diucapkan si ibu katak, "Jangan takut melangkah. Jangan sembunyi dari kenyataan, sabar dan hadapi".
Kerana, hujan yang ditunggu pasti akan datang. Sesungguhnya, setelah kesukaran itu ada kenikmatan”.

No comments:

Post a Comment

i love camera's

i love camera's
my habit sometimes